Kuantan, 30 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) merangkap Naib Presiden Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir ke Majlis Makan Malam VIP yang berlangsung di Hyatt Regency Kuantan Resort, di sini, malam tadi.
Majlis makan malam tersebut dianjurkan oleh PDRM selaku tuan rumah bersempena Interforce Games (IFG) 2025 yang memasuki edisi ke-60, di mana ia menjadi medan pertembungan acara sukan di antara PDRM dan
Singapore Police Force (SPF).
Seperti kelazimannya, sebanyak lima acara sukan akan dipertandingkan iaitu golf, bola sepak, bola jaring, futsal wanita dan badminton dengan penglibatan seramai 86 atlet dari Sang Saka Biru. Kesemua sukan akan berlangsung di gelanggang sekitar Kuantan pada hari ini.
Dalam majlis makan malam tersebut, Tan Sri
Ayob Khan turut beramah mesra dengan para atlet dari kedua-dua pasukan.
Hadir sama, DCP (Policy) SPF merangkap Ketua Delegasi SPF, DCP How Kwang Hwee, Pengarah
Pengurusan merangkap Pengerusi
Majlis Sukan PDRM, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan, Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, barisan ketua polis negeri dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Kamaruzaman Abdullah.
Ayuh seluruh warga Pasukan, sama-sama kita nyatakan sokongan padu buat para atlet PDRM!