Menu

POSTING PILIHAN: WARGA BALAI POLIS HULU YAM BHARU GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI SENDAT, HULU YAM



Usaha memperkukuh hubungan silaturahim antara warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat setempat melalui program community policing wajar dipuji. Program gotong-royong bersama warga pasukan dari Balai Polis Hulu Yam Bharu yang diketuai oleh Sarjan Mejar Nor Azila Mohamed Sheriff, anjuran Jawatankuasa Komuniti dan Keselamatan Kampung Orang Asli Gurney, merupakan inisiatif murni dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan kediaman.

Sinergi melalui slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ terus memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab sosial serta nilai perpaduan antara PDRM dan komuniti, di samping menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah dan pemeliharaan alam sekitar.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS