Putrajaya, 29 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay menekankan bahawa sifat integriti yang tinggi perlu diamalkan dan diterapkan dalam setiap jiwa kepimpinan tertinggi penjawat awam, demi memastikan tiada sebarang ketirisan berlaku.
Forum bertajuk “Aspirasi Integriti: Mens Sana in Corpore Sano” anjuran Unit Integriti, KPKM itu dikendalikan oleh Motivator Selebriti, Encik Ahmad Fadzli Abdul Aziz.
Dalam forum itu juga, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa nilai integriti perlu dibentuk, diasuh dan disemai secara berterusan melalui penerapan disiplin diri, amalan kepimpinan beretika serta pembudayaan organisasi yang berteraskan prinsip amanah dan tanggungjawab.
Hadir sama dalam program tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM, Datuk Seri Norazman Ayob, Ketua Polis Daerah
Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed dan warga kerja KPKM.