Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM)
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama pasukan penyelidik di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Keselamatan) IPSOM, SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan bertujuan mentaklimatkan beliau berkenaan kajian empirikal di bawah KDN bagi Tahun 2025 yang meliputi pelan tindakan menangani ancaman dadah, substan dan ancaman pasukan jenayah siber negara yang dilakukan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi Mara serta Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official