Menu

SATU SUARA, SATU UNITI PEMANGKIN KESATUAN WARGA PDRM DALAM PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN PPKP DAN PPRD 2025

Kuala Terengganu, 31 Oktober 2025 – “Satu Suara, Satu Uniti”, tema yang dipilih bagi Persidangan Agung Tahunan Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRD) Tahun 2025, menjadi simbol penyatuan serta pemangkin kepada ketetapan penggulungan mesyuarat tahunan kali ini.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari di Raia Hotel and Convention Centre Terengganu itu melabuhkan tirainya hari ini dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Platform tahunan ini memberi ruang kepada para perwakilan dari kontinjen dan formasi seluruh negara untuk mengutarakan pelbagai isu berkaitan kebajikan, kesejahteraan serta keharmonian warga PDRM, di samping memilih barisan kepimpinan baharu bagi kedua-dua persatuan untuk sesi 2025–2027.

Tan Sri Ayob Khan yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail turut menyeru agar semua kepimpinan yang dipilih menunaikan amanah dengan penuh dedikasi, komitmen dan integriti.

“Laksanakanlah tugas dengan penuh dedikasi, komited dan berintegriti. Teruskan kecemerlangan legasi kepimpinan terdahulu dengan membawa angin perubahan, pandangan yang lebih segar serta pendekatan inovatif dalam memperkasakan lagi fungsi persatuan,” ujar beliau.

Majlis turut menyaksikan pelancaran logo baharu PPKP serta pengenalan moto rasmi “Satu Suara, Satu Uniti”, yang melambangkan semangat perpaduan, kesepakatan, solidariti dan kebersamaan dalam kalangan ahli-ahli persatuan.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad, barisan Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis negeri.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of dais and text that says 'UCAPAN PER YDH DIO OLEH: TAN TAN'SRI SRI AYOB KHAN TIMBALAN KETUA PO ErA ብ1 SIKERSRAIAN _ FERENOG RAIA HOTEL TERENGGAND 2回. SATU SATUSUARAS SUARAS'

May be an image of text that says 'NK KMILIKPD MILIK PD'

May be an image of dais and text that says 'BERBAATI WALS ทนล CIMAJA SATU SUARA SATU RAIAHOT RAIA HOTP OBER OBER.2025 2025 (JUM/ ENTION CENTR MIL M'

May be an image of dais and text

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS