Ayuh beramai-ramai ke Program KDN MADANI: Inspirasi Malaysia yang akan berlangsung pada 2 November 2025 bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di Dewan Terbuka Pekan Merotai Besar, Tawau, Sabah.
 
 
    Bertemakan “Inspirasi Malaysia", pelbagai aktiviti dan pengisian menarik disediakan untuk para pengunjung antaranya diskaun saman trafik Polis Diraja Malaysia, karnival kerjaya, reruai pameran agensi serta jabatan di bawah 
Kementerian Dalam Negeri.
     Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! 

       Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) 
 
 
          #31102025
  
  