Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PORTAL SEMAK MULE CATAT 37 JUTA PELAWAT



Kuala Lumpur, 31 Oktober 2025 - Portal Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat lebih 37 juta pelawat sejak dilancarkan pada Oktober 2020, sekali gus membuktikan tahap kesedaran rakyat terhadap jenayah penipuan kewangan semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, platform berkenaan kini menjadi rujukan utama masyarakat bagi menyemak nombor akaun, telefon dan nama syarikat yang disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan.

“Portal Semak Mule PDRM boleh dilayari melalui alamat https://semakmule.rmp.gov.my.
“la dibangunkan bagi membantu masyarakat menyemak akaun bank, nombor telefon dan nama syarikat yang disyaki terbabit dalam jenayah penipuan kewangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, semalam.

Katanya, portal itu dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh JSJK menggunakan teknologi ColdFusion Programming, MySQL Database dan Apache Server tanpa membabitkan kos luar.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of map and text that says 'Portal Semak Mule 37 juta pelawat Kuala Lumpur: Portal Polis Ma- (PDRM) bih3 pelawat sejak di- ancarkan pada Oktober membuk- kesedaran terhadap jenayah semakin abatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkenaan ru- utama masyarakat ba- nombor dan syarikat dalam ktiviti ://semakmu- bagi membantu nyemak akaun bank, nom- telefon terbabit penipuan pada Katanya, ngunkan dalaman menggu- MySOL dan Server membabitkan kos Menurut beliau, pendeka- tan itu kese- privasi data kerana sumber hak milik PDRM. 'Portal dilancarkan se- rasmi pada Oktober Ketua Da- Abdullah yang merekodkan pelawat sehingga Negara 26 'Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini juta telah mengakses por- katanya.'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS