Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TELITI SYOR HUBUNGKAN CCTV SEKOLAH DENGAN PDRM



Kuala Lumpur, 31 Oktober 2025 - Kementerian Dalam Negeri akan meneliti syor menghubungkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekolah dengan sistem Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya pemantauan dapatkan dilakukan secara berterusan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyambut baik syor itu dan memerlukan masa untuk memperhalusi dan mengambil kira aspek penggunaan perkakasan, sistem dan perangkaian.

“Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM8 juta. Ini untuk pemasangan CCTV di kawasan strategik sekolah. Tentunya untuk meningkatkan langkah keselamatan dan pemantauan ini dapat dilakukan.

“(Ada) Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara ini bertanya secara khusus apakah boleh nanti setelah dipasang CCTV di sekolah boleh menghubungkan dengan sistem PDRM?” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar bagi kementeriannya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS