Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Facebook Sarawak Roads Update atas penghargaan yang dizahirkan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Kuching kerana telah membantu menolak beberapa kenderaan orang awam yang mengalami kerosakan berhampiran Bulatan Upland, Kuching, Sarawak.
Tindakan pantas dan sikap prihatin anggota terlibat bukan sahaja membantu melancarkan aliran trafik, malah mencerminkan nilai kemanusiaan dan semangat khidmat bakti yang menjadi tunjang utama PDRM dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.
Sumber: Facebook Sarawak Roads Update