Sindiket penipuan pelaburan kripto kembali aktif dengan taktik baharu yang kelihatan semakin meyakinkan. Melalui platform mesej dan laman pelaburan palsu, mereka giat memperdaya mangsa untuk melabur dalam skim tidak wujud.
Modus operandi sindiket termasuk menarik mangsa melalui iklan di media sosial, menggunakan identiti palsu serta menjemput ke kumpulan pelaburan kononnya eksklusif. Mereka turut memaparkan platform palsu berlesen dan selamat bagi meraih kepercayaan sebelum mengarahkan mangsa membuat beberapa transaksi ke akaun syarikat berbeza, mengakibatkan kerugian besar.
Orang ramai diingatkan agar tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan dalam WhatsApp atau media sosial. Semak terlebih dahulu di laman SemakMule dan ingat, platform sah tidak akan meminta wang dipindahkan ke akaun individu atau syarikat mencurigakan.