Putrajaya, 6 November 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail petang tadi mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Program Jelajah Wira MADANI 2025 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Putrajaya yang berlangsung di Padang Kawad IPD Putrajaya, di sini.
Program tersebut bertujuan mempererat hubungan dengan wira barisan hadapan serta menzahirkan penghargaan kepada warga IPD Putrajaya atas sumbangan mereka dalam memastikan keselamatan di Pusat Pentadbiran Kerajaan MADANI.
Majlis yang disempurnakan oleh Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail itu turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik termasuk persembahan silat daripada Kelab Pembangunan Silat Kuala Lumpur, tarian tradisional oleh Tabika Perpaduan, juga pertunjukan seni mempertahankan diri T-Baton oleh warga IPD sendiri.
Turut berlangsung ialah penyampaian bantuan khas persekolahan dan cenderahati kepada 20 penerima terpilih daripada keseluruhan 592 penerima bantuan pra persekolahan Kerajaan MADANI. Para penerima terdiri daripada anak-anak warga IPD Putrajaya berumur antara 7 hingga 17 tahun.
Turut sama menjayakan program, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri
Shamsul Azri Abu Bakar, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, Ketua
Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Julina Salehuddin, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah
Kementerian Dalam Negeri serta rakan media.
Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri