Shah Alam, 10 November 2025 - Seramai 210 penunggang motosikal diperiksa, manakala empat individu ditahan selepas menunggang secara berbahaya dalam Operasi Khas Bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), awal pagi semalam.
Ketua
Polis Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar berkata, operasi yang bermula pada pukul 1.30 pagi itu turut membawa kepada sitaan 48 buah motosikal mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Sebanyak 105 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang operasi yang dengan tujuan membanteras aktiviti samseng lumba haram.
“Pasukan penguat kuasa bergerak ke lokasi pada pukul 1.30 pagi sebelum penutupan penuh di kedua-dua arah Lebuhraya KESAS bermula pada pukul 3.30 pagi membabitkan 25 simpang utama di jajaran Kilometer (KM) 18 hingga KM26, iaitu enam KM dari kawasan tumpuan lumba haram,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.