Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA CUBA PERGIAT PENUGASAN SEPANJANG MASA DENGAN KAWALAN SECARA STATIK

Tumpat, 14 November 2025 - Masih berlaku cubaan merentas sempadan Malaysia-Thailand oleh kumpulan penyeludup terutama sekitar dua pangkalan haram di Rantau Panjang di sini, yang sudah dirobohkan.

Pemangku Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), ACP Ijid Landu Binju berkata, meskipun dua pangkalan haram ‘MCA' dan ‘Gergaji' sudah diroboh pada 28 Oktober lalu, pihaknya mengesan masih wujud anasir jenayah rentas sempadan.

Susulan itu, penugasan terus dijalankan PGA malah dipergiatkan sepanjang masa dengan kawalan secara statik.

“Kita kesan masih ada anasir yang menjalankan aktiviti (penyeludupan) di kawasan jeti haram Gergaji dan MCA walau sudah dirobohkan.

“Kami sudah buat kawalan secara statik kerana merasakan penugasan rondaan sahaja tidak memadai. la seperti kucing dan tikus, jadi penugasan mesti 24 jam.

“Taktik kita juga perlu lebih bijak daripada mereka (penyeludup),” katanya ketika sidang media di Markas Tektikal Pengkalan Kubor di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

May be an image of ‎text that says '‎Cubaan rentas sempadan di jeti haram masih berlaku PGA pergiat penugasan sepanjang masa dengan kawalan secara statik Oleh Rohana Idris Ibhnews@bh.com Tumpat: Masih berlaku cubaan Mala- EE sini,: yang sudah diro- Briged Asisten omisioper หนสน jenayah MortekP Pengkalan Kubor, semalam. dipergi- ngikut (A.PC) bagi disiasat 10000 tahan Skuadron Perlsai PGA vang tiba <ForoS ดัรพาม Idris/BH) Imigresen apo melali Thailanl, MyanmarI China tidak Tanah m1e- digunaka darinada perlu Gerga Sved Tektikal P'engkalan Kubor Sins, ผ้สต-ห้ว Thailand 3apoc Beliau berkata, sramai ntara Dina menyeberang hingga menambah. yang tahan selain wereKe daripada tidak tidak dengan wkanng- -נשי‎'‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS