Selain melaksanakan tugas hakiki, anggota polis turut menunjukkan komitmen membantu pengguna jalan raya yang berada dalam kesusahan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Koperal Mohd Fariz Ahmad, Koperal Mohamad Haslam Alias dan Konstabel Muhammad Shahrul Akmal dari Balai Polis Kepala Batas, serta Koperal Mohamad Arif Murad dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah atas tindakan pantas membantu seorang pengguna jalan raya yang kehabisan minyak di persimpangan Jalan Hospital Lama, Alor Setar, Kedah, semalam.
Bantuan segera dihulurkan dengan mengalihkan kenderaan tersebut ke bahu jalan dengan selamat. Semoga sifat keprihatinan mereka terus menjadi inspirasi buat warga Sang Saka Biru yang lain.