Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BOT KARAM - PDRM, INTERPOL BEKERJASAMA KESAN SINDIKET


Alor Setar, 17 November 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bekerjasama rapat dengan International Criminal Police Organization (INTERPOL) serta pihak berkuasa Thailand bagi memburu rangkaian sindiket penyeludupan rentas negara yang dipercayai menjadi dalang tragedi bot karam di perairan Langkawi minggu lalu.

Tragedi itu meragut hampir 40 nyawa pendatang asing tanpa izin setakat ini, termasuk tiga kanak-kanak, manakala puluhan lagi dilaporkan masih hilang.

Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan beroperasi secara terancang melibatkan beberapa negara di rantau ini.

Menurutnya, unit khas di bawah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kini sedang berkoordinasi dengan pasukan penyiasat polis ASEAN untuk berkongsi risikan dan mengenal pasti suspek.

“Kita ada unit khas di bawah Bahagian D3 JSJ. Risikan akan dikongsi dengan Interpol dan rangkaian polis ASEAN bagi mengenal pasti dalang sebenar,” katanya semasa ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS