Kuala Lumpur, 17 November 2025 - Sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services (NG999) mula beroperasi pada Ahad menggantikan sistem Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS999).
Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 di AppStore atau Google Play bagi memudahkan penghantaran maklumat kecemasan secara tepat, pantas dan berkesan melalui mesej ringkas (SMS) yang dihantar sejak Sabtu.
“Sila elakkan penyalahgunaan talian kecemasan,” menurut SMS berkenaan.
Pada 1 Julai tahun lepas, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, sistem baharu ini menyepadukan peta digital berasaskan web, ID pengamal, perkhidmatan geolokasi, teknologi kecerdasan buatan dan aplikasi pintar mudah alih untuk pengendalian insiden kecemasan yang lebih cekap di seluruh negara.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.