Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TREND MEMBIMBANGKAN, SUAMI SEMAKIN RAMAI JADI MANGSA PENDERAAN #201125

Kuala Lumpur, 20 November 2025 - Kes suami menjadi mangsa penderaan isteri menunjukkan peningkatan ketara sejak lima tahun lalu apabila sebanyak 453 kes direkodkan dari 2020 hingga Julai 2025, mengikut data Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman.

Statistik menunjukkan 44 kes dicatat pada 2020 meningkat kepada 74 kes pada 2021, kemudian melonjak kepada 100 kes pada 2022.
Bagaimanapun kes menurun sedikit kepada 71 kes pada 2023 namun angka berkenaan kembali meningkat kepada 96 kes pada 2024.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini sahaja, 68 kes sudah direkodkan dan angka itu hampir menyamai jumlah sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, perkembangan tersebut membuktikan trend penderaan terhadap suami semakin membimbangkan.
“Walaupun 2023 ada sedikit penurunan, trend keseluruhan tetap meningkat. Tahun ini baru separuh tahun sudah 68 kes, kebarangkalian mencapai lebih 100 kes itu tinggi, katanya kepada Sinar Harian dalam temubual khas di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau berkata, kejadian penderaan yang dialami suami merangkumi pelbagai bentuk dan bukan terhad kepada kecederaan fizikal semata-mata.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS