Malaysia mencatat peningkatan memberangsangkan apabila melonjak empat kedudukan dalam Indeks Keamanan Global 2025, sekali gus menempatkan negara di tangga ke-13 paling aman di dunia dan ke-2 paling selamat di ASEAN.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen kukuh Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan agensi-agensi penguatkuasaan dalam memperkukuh keselamatan, menurunkan kadar jenayah serta memastikan ketenteraman awam sentiasa terjamin.
Usaha berterusan dalam operasi keselamatan, kawalan sempadan, pencegahan jenayah serta kerjasama strategik antara agensi turut menjadi faktor penting yang mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, stabil dan selamat di bawah aspirasi Malaysia MADANI.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)