Pemilihan ACP Lai didorong oleh pengalaman lebih 37 tahun dalam penguatkuasaan undang-undang, kepimpinan berwibawa dan komitmen beliau memodenkan komunikasi keselamatan awam. Antara sumbangan penting beliau termasuk penubuhan Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia, penganjuran kempen keselamatan siber serta usaha memperkukuh hubungan polis bersama komuniti.