Menu

AFFIN INVIKTA™ TOP 50 WOMEN OF EXCELLENCE AWARDS 2025: TAHNIAH DATIN SRI DATUK (DR.) HJH. MUNIRAH CHE ROSE #271125

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose atas penganugerahan AFFIN INVIKTA™ Top 50 Women of Excellence Awards 2025 pada 26 November 2025.

Pemilihan Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah didorong oleh kepimpinan berwibawa dalam memajukan program kebajikan, pendidikan dan pemerkasaan wanita, sekali gus memperkukuh peranan serta penglibatan isteri-isteri pegawai polis dalam pembangunan komuniti.

Anugerah anjuran Top 50 Media Synergy bersama AFFIN INVIKTA™ dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan itu mengiktiraf 50 wanita cemerlang dari pelbagai sektor bagi menghargai individu berimpak tinggi yang menyumbang kepada kemajuan negara serta mengangkat reputasi Malaysia di persada global.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS