Menu

POSTING PILIHAN: KPN TINJAU PERKEMBANGAN PEMBUANGAN UNDI PRU-DUN KE-17 SABAH #29/11/2025

Kota Kinabalu, 29 November 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini mengadakan tinjauan keseluruhan perkembangan pembuangan undi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-17 Sabah.

Dalam lawatan yang diiringi Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun bersama kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato' Sri Hj. Mohd Khalid diberikan taklimat terperinci berhubung tahap keselamatan semasa, penugasan pegawai dan anggota serta kesiapsiagaan logistik di seluruh daerah. Beliau menegaskan bahawa kesiapsiagaan PDRM amat penting untuk memastikan perjalanan proses pengundian berlangsung dalam suasana aman, teratur dan terkawal.

Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut meninjau beberapa lokasi penting, termasuk Pusat Pembuangan Undi di SJK (C) Chung Hwa, Jalan Lee Tet Phui, Pusat Bandar Kota Kinabalu, sebelum meluangkan masa beramah mesra dengan petugas PRU yang bertugas di lapangan.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim, Timbalan PJP Sabah, DCP Datuk Abdul Rani Alias, barian Ketua Jabatan dan Formasi Kontinjen Sabah, pegawai kanan dan pegawai rendah polis serta rakan media.

Sumber: Polis Sabah

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS