Kota Bharu, 30 November 2025 -
Pasukan Gerakan Am - (PGA) memperketatkan kawalan di sempadan Kelantan-Thailand di sepanjang Sungai Golok pada musim tengkujuh bagi mengekang aktiviti penyeludupan, termasuk barangan terlarang.
PGA kawalan di sempadan Kelantan-Thailand di sepanjang Sungai Golok pada musim tengkujuh bagi mengekang aktiviti penyeludupan, termasuk barangan terlarang.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain, berkata walaupun musim banjir, operasi penugasan dan kawalan berjalan seperti biasa.
Beliau berkata, terdapat enam pos kawalan yang dilanda banjir di sepanjang Sungai Golok, namun ia tidak mematahkan anggota bertugas untuk terus membuat kawalan.
"Tanpa mengira banjir, anggota bertugas tetap membuat kawalan ketat di pintu sempadan negara. la bagi mengelakkan aktiviti penyeludupan daripada berlaku termasuk membabitkan barangan terlarang.
“Walaupun banjir, tugas dan tanggungjawab dijalankan tanpa mengira masa supaya sempadan negara tidak bolos dan keselamatan penduduk terjamin,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.