Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] JOM BERINGAT: STATISTIK PENIPUAN PELABURAN 2024–2025 #30112025

 
Kes penipuan pelaburan menunjukkan peningkatan ketara apabila jumlah kes melonjak daripada 5,017 kes (2024) kepada 8,121 kes (2025) menunjukkan peningkatan 62%. Nilai kerugian juga meningkat drastik daripada RM667 juta kepada RM1.2 bilion, iaitu peningkatan 88%.

Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, menyemak kesahihan sebarang tawaran pelaburan, dan tidak mudah terpengaruh dengan janji pulangan lumayan.

Jika menjadi mangsa, segera hubungi bank, laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan di talian 997 dan buat laporan polis. Lindungi diri, keluarga, dan komuniti.


May be an image of text that says 'STATISTIK PENIPUAN Perbandingan Kes & Kerugian PELABURAN 2024-2025 Statistik menunjukkan peningkatan mendadak dalam kes penipuan pelaburan dari tahun 2024 hingga 2025, dengan kerugian mencecah bilion ringgit. Sentiasa berwaspada. JUMLAH KES TAHUN 2024 JUMLAH KES TAHUN 2025 Sebanyak 5,017 kes penipuan pelaburan telah direkodkan sepanjang tahun 2024. 2 3 Meningkat kepada 121 kes pada tahun 2025, satu kenaikan sebanyak 62%. € JUMLAH KERUGIAN 2024 JUMLAH KERUGIAN 2025 Kerugian yang dicatatkan adalah sebanyak RM 667 Juta pada tahun 2024. Kerugian melonjak kepada RM 1.2 Bilion pada tahun 2025, peningkatan sebanyak 88%. S NSRC SEMAKMULE semakmule.rmp.gov.my'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS