Kota Kinabalu, 29 November 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurus Tabung Amanah Polis (TAWP) Bilangan 1 Tahun 202t yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri dalam Negeri (Timbalan MDN) merangkap Pengerusi TAWP, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah itu menjadi satu platform penting dalam membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengukuhan tadbir urus, hala tuju kewangan dan penambahbaikan pengurusan TAWP demi memastikan kebajikan warga Polis Diraja Malaysia terus dipelihara.
Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menekankan kepentingan memastukab setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak langsung kepada kesejahteraan warga PDRM selaras dengan peranan TAWP sebagai platform sokongan kebajikan jangka panjang.
Turut hadir, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zulkifli Abidin, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim, Ketua Urus Setia (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman merangkap Setiausaha TAWP, SAC Alina Sa’ad.