Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 2 Disember 2025 (Selasa).
Sebanyak 1,782 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan tujuh kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 230 kes kemalangan dan 13 kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM