Menu

TIMBALAN KPN PENUHI UNDANGAN SEBAGAI PANEL DIALOG INTEGRITI DAN ANTIRASUAH


Kuantan, 2 Disember 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi undangan sebagai salah seorang ahli panel dalam Dialog Integriti dan Antirasuah sempena Sambutan Hari Integriti dan Antirasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang Tahun 2025 yang diadakan di Swiss-Belhotel di sini, pagi tadi.

Forum bertajuk “Membudayakan Integriti Dalam Organisasi: Cabaran dan Strategi Keberkesanan” anjuran bersama Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang itu turut menampilkan barisan pakar dalam bidang integriti dan pencegahan rasuah.

Antaranya ialah bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Seri Hj. Mustafar Hj. Ali bersama bekas Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin sebagai panel kedua dan ketiga manakala Tuan Hj. Ishak Abu Bakar yang pernah dilantik sebagai Pegawai Siasatan Kanan SPRM bertindak sebagai moderator dalam forum yang diadakan.

Antara intipati yang ditekankan oleh Tan Sri Ayob Khan dalam wadah perbincangan hampir dua jam itu adalah berkenaan cabaran yang perlu dihadapi dalam mendepani tugas serta amanah sebagai pegawai polis, khususnya dalam aspek mempertahankan integriti dan disiplin organisasi.

Beliau turut menegaskan bahawa cabaran adalah lumrah dalam kehidupan dan setiap pegawai perlu menghadapinya dengan kekuatan prinsip serta jati diri yang kukuh. Tambahnya lagi, pengukuhan asas agama serta penghayatan empat sifat terpuji Nabi Muhammad SAW iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fathonah amat penting dalam membentuk sahsiah yang baik dan menjadi teladan kepada orang lain.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Ayob Khan menekankan bahawa tiada sebarang kompromi terhadap isu disiplin walaupun melibatkan kesalahan kecil. Tindakan tegas seperti buang kerja, penurunan pangkat dan tindakan tatatertib akan dilaksanakan tanpa bertolak ansur. Pemeriksaan mengejut serta pelaksanaan Elektronik Sistem Kawalan Dadah dan Disiplin (e-SKDD) juga diteruskan bagi memastikan organisasi kekal berintegriti dan bebas daripada salah laku.

Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Pahang, Dato’ Hj. Abdul Walid Hj. Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob, Pengarah SPRM Negeri Pahang, KPKPj Mohd Shukor Mahmud dan Presiden Persatuan Bekas Pegawai SPRM, Dato’ Mazlan Mohamad.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of dais and text that says 'Tajuk: mbudayakan Integriti dalam Organisasi: Cabaran dan Strategi Keberkesanan'. Sempena JLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI DAN HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR TAHUN 2025 2 DISEMBE (SELASA) 9.00 PAGI 10.30 PAGI SWISS-BELHOTEL KUANTAN DR わ ปูลสร 0RSだた 四74421'

May be an image of dais

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS