Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PERKUKUH USAHA BENDUNG BULI DI SEKOLAH #04122025

Kuala Lumpur, 4 Disember 2025 - Sebanyak 14,000 kes buli secara purata dilaporkan berlaku di sekolah setiap tahun, sekali gus menunjukkan institusi pendidikan itu menjadi lokasi utama insiden terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menyatakan jumlah itu ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 bagi bacaan kali kedua, di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, data Polis Diraja Malaysia dalam tempoh dua bulan saja iaitu sejak Ogos hingga Oktober merekodkan 160 kes dengan 78 peratus mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia antara enam hingga 17 tahun.

“Secara keseluruhan, statistik termasuk melalui Sistem Sahsiah Diri Murid Kementerian Pendidikan mengesahkan sekolah adalah lokasi utama insiden buli dengan kanak-kanak adalah kumpulan paling terdedah.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS