Ayuh beramai-ramai ke Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 5 hingga 7 Disember 2025 (Jumaat hingga Ahad)

Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat: Pekarangan Dataran Putrajaya
Para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti diskaun saman trafik sebanyak 70% bagi kesalahan terpilih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pendaftaran Volunteer Smartphone Patrol, Semak MULE, pameran aset senjata PDRM serta pameran kenderaan dari Pasukan Simpanan Persekutuan dan aset Unit Dron daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
Jangan lepaskan peluang ini. Semua dijemput hadir – jumpa anda di sana!