Menu

DSP JIVAN MOHAN JADI PEGAWAI POLIS PERTAMA DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN CDM SUKAN SEA 2025 #051225

Kuala Lumpur, 5 Disember 2025 – Sejarah tercipta apabila DSP Jivan Mohan menjadi pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pertama yang dilantik sebagai salah seorang Timbalan Chef de Mission (Timbalan CDM) bagi Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2025 di Thailand pada 9 hingga 20 Disember ini.

Majlis Olimpik Malaysia dengan kelulusan Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara menamakan DSP Jivan sebagai Timbalan CDM bersama-sama Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia, Dato' Kenny Goh Chee Keong dan bekas pelari pecut kebangsaan, Encik Nazmizan Muhammad Oly.
Manakala bekas perenang unggul negara, Puan Nurul Huda Abdullah akan mengetuai kontinjen negara sebagai CDM.

DSP Jivan yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur merupakan bekas pemain hoki kebangsaan dengan rekod cemerlang meraih pingat emas di Sukan SEA 2013 dan 2015.
Berbekalkan pengalaman luas sebagai atlet dan jurulatih, pelantikan DSP Jivan diyakini mampu menyuntik motivasi dan meningkatkan persiapan kontinjen negara bagi menghadapi temasya sukan berprestij itu.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan pucuk pimpinan serta seluruh warga PDRM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada DSP Jivan Mohan atas pelantikan beliau sebagai Timbalan CDM bagi Sukan SEA 2025.

Pelantikan tersebut bukan sahaja mengiktiraf kredibiliti beliau sebagai bekas atlet dan pegawai sukan, bahkan mengangkat reputasi PDRM sebagai organisasi yang mampu melahirkan pemimpin berkaliber di peringkat antarabangsa.

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS