Menu

TIMBALAN KPN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KE CAWANGAN KHAS IPK SELANGOR

Shah Alam, 5 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan kunjungan hormat serta lawatan kerja rasmi ke Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Selangor, di sini pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar bersama timbalannya, DCP Mohd Zaini Abu Hassan sebelum diiringi ke pejabat rasmi KP bagi sesi kunjungan hormat.

Usai sesi tersebut, Tan Sri Ayob Khan meneruskan lawatan ke Cawangan Khas kontinjen bagi melihat pengoperasian dan keberkesanan langkah keselamatan yang digerakkan jabatan tersebut dalam menghadapi ancaman keselamatan negara.

Beliau kemudiannya ke Mes Pegawai Kanan bagi menyampaikan amanat tentang kepentingan kesiapsiagaan berterusan, pematuhan disiplin tinggi serta pengukuhan integriti sebagai asas utama kekuatan Cawangan Khas dalam memastikan keselamatan negara kekal terpelihara.

Turut hadir, Ketua Cawangan Khas Selangor, SAC Faizal Ibrahim dan Ketua Jabatan Pengurusan Selangor, SAC Mohd Iqbal Ibrahim.

Jurugambar: PDRM RMPTV

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS