Menu

KPN RASMI PEMBUKAAN SIDANG PERTAMA ISTIADAT KONVOKESYEN KOLEJ UNIKOP KE-5


Cheras, 6 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini merasmikan Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Kolej Unikop Ke-5 yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur.

Istiadat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNIKOP, Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy. Kolej UNIKOP merupakan institusi pengajian tinggi swasta milik Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRMOfficial) yang bernaung di bawah PDRM.

Dalam istiadat penuh tertib itu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid telah menganugerahkan diploma dan sijil kepada para graduan Sidang Pertama melibatkan pelbagai program pengajian.

Anugerah tersebut merangkumi Diploma Perkhidmatan Penyiasatan, Diploma Kepolisian dan Penyiasatan, Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pejabat, Diploma Psikologi, Diploma Teknologi Maklumat serta Sijil Perkhidmatan Penyiasatan.

Secara keseluruhan, seramai 151 graduan menerima pengiktirafan masing-masing pada sidang berkenaan, menzahirkan kecemerlangan, usaha gigih dan komitmen mereka sepanjang tempoh pengajian. Dalam konvokesyen kali ini, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid telah menyampaikan Anugerah Akademik KPN kepada Julia Qistina Haiqal Mohd Hafiz atas pencapaian cemerlang yang dipamerkan.

Berucap di hadapan para hadirin, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid menyatakan bahawa kejayaan para graduan lahir hasil usaha gigih, sokongan keluarga serta bimbingan para pensyarah.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara PDRM dan Kolej UNIKOP menjadi asas penting dalam menyediakan pendidikan berkualiti serta memperkukuh profesionalisme graduan.

“Semoga pencapaian para graduan pada hari ini menjadi obor yang menerangi langkah menuju kerjaya yang lebih cemerlang. Jadikan ilmu serta kemahiran yang digarap di Kolej UNIKOP sebagai bekalan mengharungi ranjau dan cabaran di masa hadapan,” ujar beliau.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Timbalan Pengerusi KPDRM, Dato' Nerita Yaacob, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim serta para ibu bapa graduan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid & Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of dais and text that says 'ONIKOP / MILIK KOPERASI POUIS DIRAJA MALAYSIA K ISTIADAT ONVOKESYEN KOLEJ KOLEJUNIKOPKE-5 UNIK 'SEBUAH LEGASI KEJAYAAN' MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA, KUALA LUMPUR & DISEMBER DISEMBER2025 2025 Sebuah legasi bejayaan. Melakar ma depan BAJAMA Til II'

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text that says 'KOLEJ ONIKOP MILIKOPERASIPOLIBDEAJAMALAYSA KOPERASI NKOMILIK KOPERA POLIS DRRAJAM RAJAMALAYBIA ALAYBIA PDRM RM ISTIADAT ONVOKES SLEJU GAHLE LE A AH L LUM'

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS