Labuan, 8 Disember 2025 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Gilberd Philip Layang mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan, pada Jumaat lalu.
Lawatan itu bertujuan meninjau keperluan logistik bangunan IPD dan kawasan perumahan IPD berkenaan, selain meneliti beberapa kerosakan untuk pembaikan semula di kedua-dua kawasan.
Seusai lawatan, beliau turut menghadiri Majlis “Keel Laying Ceremony” bagi pembinaan Multi-Purpose Police Transport Vessel di Labuan Shipyard & Engineering Sdn. Bhd.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim dan timbalannya, DSP Robin @ Ridzuan Ismail serta para pegawai kanan polis IPD Labuan.