Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: EMPAT PANGKALAN HARAM DI SUNGAI GOLOK DIROBOHKAN

Kota Bharu, 10 Disember 2025 - Empat lagi pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand dirobohkan pagi semalam.

Operasi merobohkan pangkalan haram itu dijalankan pelbagai agensi, termasuk Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Tanah dan Galian, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mazlan Hassan berkata, empat pangkalan haram dalam daerah Pasir Mas itu dikenali sebagai pangkalan haram Mat Roji 2, Surau Lama, Perdah dan Mat Roji 1.

“Operasi merobohkan pangkalan haram bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 10.40 pagi menerusi pembabitan pelbagai agensi.

“Operasi perobohan dilakukan mengikut senarai serta peraturan yang dikeluarkan Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas. Proses perobohan berjalan lancar dan tiada perkara tidak diingini berlaku.

“Operasi perobohan bertujuan tidak membenarkan pengkalan berkenaan digunakan untuk sebarang aktiviti merentas sempadan atau penyeludupan atau menyalahi undang undang,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Kota Bharu: Empat lan baram sepanjang Sungai Golok sempadan dirobohkan pgi 4 lagi pangkalan haram di Sungai Golok dirobohkan perobohan dilaku- senarais serta yang dikeluarkan Peja- Mas. berjalan dan tiada perkara tidak di- kan Operasi merobohkan pang- agensi, abat Majlis MKN). tidak perobohan pengka- Ketua Mas, Pasir Komisioner pangkalan perobohan dilakukan mengakut dikeluarkan TanahJajahanP PejabatTunahJajahanPosirMos.PU Mas. dalam ikenali ka- mdang undang bungi. sebelum melapor- Surau Lama, Perdah dan Mat Roji Panjang pang- dua kalan pagi sehingga 10.40 pagi menerusi pembabitan pelbagai agensi. Polis Kelantan, Datuk Mohd soffMamat, dilaporka empat haram dirobohka MCA, Ger- POLIS'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS