Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 11 Disember 2025 (Khamis).
Sebanyak 1,732 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 137 kes kemalangan dan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.