Kuala Lumpur, 12 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bahrain Tahun 2025 yang berlangsung di The Bayu Ballroom, Marriot Hotel, di sini, malam tadi.
Selain Hari Kebangsaan, penganjuran sambutan oleh Kedutaan Kerajaan Bahrain di Malaysia itu juga bagi memperingati ulang tahun ke-51 hubungan diplomatik antara Bahrain dengan Malaysia.
Kehadiran Tan Sri Ayob Khan yang mewakili KPN, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Polis Diraja Malaysia adalah menunjukkan komitmen dalam mengukuhkan hubungan bilateral dan meneroka peluang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua negara, khususnya dalam aspek keselamatan.
Dalam majlis itu, Tan Sri Ayob Khan turut mendengar ucapan yang disampaikan oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar, yang kemudiannya disusuli dengan ucapan oleh Duta Besar Bahrain ke Malaysia, H.E. Dr. Waleed Khalifa Al Manea.
Turut hadir, barisan ketua perwakilan negara luar.