Menu

VIDEO PILIHAN: KPN SAKSI SERAH TERIMA TUGAS DAN HADIR PALUAN BERUNDUR PENGARAH DAN PENGERUSI PERKEP JABATAN KDNKA


Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim kepada pemangkunya, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan/Operasi) Bukit Aman, CP Dato’ Fisol Salleh yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2025.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA di antara Datin Sri Sharifah Rodziah Syed Agil kepada Naib Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA Datin Hajah Norli Ahmad yang akan memangku tugas jawatan Pengerusi PERKEP jabatan berkenaan. Penyerahan tugas tersebut telah disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.

Pada sebelah petangnya pula, telah berlangsung Majlis Paluan Berundur di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur sebagai penghargaan Pasukan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Dato’ Sri Azmi dan suri hatinya, Datin Sri Sharifah Rodziah.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Afiq Abdullah dan Lans Koperal Mohamad Ridzuan Razak.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS