Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 18 Disember 2025 (Khamis).
Sebanyak 1,891 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 227 kes kemalangan dan peningkatan empat kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.