Menu

VIDEO PILIHAN: WARGA BALAI POLIS BESERAH PINDAHKAN MANGSA BANJIR KE PPS

Dalam meredahi air bah yang penuh risiko, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Beserah diketuai oleh Ketua Balai Polis, Inspektor Muzafar Musa tampil menyelamatkan nyawa mangsa terjejas banjir di Kampung Sungai Karang, Kampung Chengal Lempung, Kampung Balok dan Kampung Seberang Balok, Kuantan Pahang, semalam.

Dengan semangat yang besar, pasukan penyelamat membantu mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Karang.

Turut sama membantu ialah pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia dari Kem Tanjung Gelang.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS