Menu

#JomBeringat POSTING PILIHAN: JAUHI ARAK DAN BAHAN TERLARANG

Pengguna jalan raya diingatkan agar menjauhi arak dan bahan terlarang. Satu keputusan yang salah boleh membawa akibat yang serius. Keseronokan sementara tidak pernah berbaloi jika ia merosakkan kesihatan, menjejaskan masa depan dan menggugat keharmonian keluarga.

Memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah bukan sahaja mengancam nyawa sendiri, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menjejaskan rekod peribadi, kesihatan mental serta maruah diri dan keluarga.

Sayangilah diri dan orang tersayang. Buat pilihan yang bijak demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Jadilah contoh yang baik kepada generasi akan datang.

May be an image of text that says 'KESAN ! PEMANDUAN DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL DAN BAHAN TERLARANG!! KESAN TERHADAP INDIVIDU •REAKSI DAN KOORDINASI MEROSOT PENGLIHATAN KABUR PENILAIAN DAN PERTIMBANGAN TERJEJAS KEPUTUSAN TIDAK RASIONAL KAPOW! KESAN TERHADAP PENGGUNA LAIN JALAN RAYA MENJADI SESAK MEMBAHAYAKAN PENGGUNA JALAN RAYA RISIKO KEMALANGAN MENINGKAT PERGADUHAN DI JALAN RAYA AMALKAN PEMANDUAN SELAMAT. SAYANGI NYAWA'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS