Menu

KPN SEMBAH MENGADAP KDPB SULTAN PAHANG SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN MOTOSIKAL PENGIRING PDRM

Kuantan, 22 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir sembah mengadap Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, di Istana Abdulaziz, di sini, pagi tadi.

Sembah mengadap diadakan bersempena Majlis Penyerahan Motosikal Berkuasa Tinggi Bagi Penugasan Kawalan Keselamatan dan Pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis tersebut menyaksikan KPN bersama Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri menyempurnakan penyerahan replika kunci sebagai simbolik penyerahan rasmi lapan buah motosikal model BMW GR1250 RT kepada Baginda di pekarangan istana.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj. Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Yahya Othman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abd Rahman Kassim dan Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, SAC Kama Azural Mohamed.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of text

May be an image of motorcycle, scooter and text that says 'Q ผย ት POL VD YPE 7032 O POLIS @HAK @上 AK MIL MILID VPF 7031 POLIS POLIS'

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS