Menu

[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: AMBIL PERHATIAN! NSRC TIDAK AKAN BUAT PANGGILAN KELUAR

Polis Diraja Malaysia ingin mengingatkan masyarakat untuk berhati-hati sekiranya menerima panggilan telefon daripada mana-mana pihak yang mengaku sebagai pegawai National Scam Response Center (NSRC).

NSRC tidak akan menghubungi anda bagi sebarang tujuan siasatan. Jangan biarkan diri anda terpedaya dengan taktik si penipu.

Jika anda merupakan mangsa penipuan dalam talian (online scam) dan baru sahaja membuat transaksi kewangan, hubungi NSRC di talian 997. NSRC beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam pada setiap hari. Anda juga boleh menghubungi hotline bank masing-masing untuk aduan selepas jam 8 malam.

Sumber:Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM

May be an image of text that says 'AWAS PENIPUAN! NSRC BUAT PANGGILAN KELUAR TIDAK AKAN 114 Mana-mana Mana- panggilan mengaku NSRC adalah PALSU! 20141011 FLE1101UL10 1111110110011 INI SCAM! SCAMMER NSRC 9 CEpaNy 1. 1.Semak setiap panggilan mencurigakan 2. Laporkan secepat mungkin panggilan scam'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS