Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SUSPEK PECAH RUMAH DITAHAN


Pontian, 31 Disember 2025 - Seorang lelaki yang menjalani kehidupan biasa sebagai pemandu lori ais pada waktu siang rupa-rupanya terlibat dalam 16 kes pecah masuk pejabat kerajaan dan rumah pada sebelah malam.

Kegiatan lelaki berusia 42 tahun itu terbongkar selepas dia ditahan di sebuah kilang ais di Skudai Ahad lalu hasil risikan pihak polis dan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussien berkata, lelaki yang sudah berkahwin dan memiliki dua anak itu memilih pejabat kerajaan sebagai sasaran kerana menyimpan peti besi dan wang tunai.

“Suspek bergerak secara solo dan menyasarkan pejabat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kerana mudah dipecahkan.

“Lelaki itu memutuskan bekalan elektrik terlebih dahulu bagi mengelakkan sistem penggera berbunyi sebelum memecah masuk premis tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS