Menu

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT NAIB PENGERUSI MCPF

Kuala Lumpur, 6 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Dato’ Sri Dr. King Lim Chin Fui di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, petang tadi.

Kunjungan hormat yang diadakan bertujuan memberikan taklimat berkaitan MCPF dan penganjuran mesyuarat exco yang dijadualkan berlangsung pada Januari ini dipengerusikan oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussien Omar Khan, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato’ Aida Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim dan delegasi MCPF.

Jurugambar: Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS