Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SYABU RM1.26 JUTA DALAM PAPAN PEMOTONG

Kota Kinabalu, 9 Januari 2026 - Polis membongkar taktik licik sindiket pengedaran menyembunyikan dadah dalam papan pemotong (chopping board) atau sasaban dengan rampasan 39.5 kilogram Syabu bernilai RM1.26 juta dalam serbuan di sebuah rumah dekat Penampang.

Dalam serbuan di Taman Donggongon, Penampang, kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Sabah menahan dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun yang dipercayai menjadi dalang penyeludupan dadah itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, berkata hasil pemeriksaan ketika serbuan, pasukan operasi menemui 40 bungkusan plastik lut sinar berisi ketulan hablur jernih dipercayai dadah jenis Methamphetamine.

Beliau berkata, semua dadah yang dimasukkan ke dalam papan pemotong itu bernilai RM1.26 juta berdasarkan harga pasaran semasa.

“Hasil siasatan awal mendapati modus operandi sindiket itu adalah dengan menyeludup dadah ke negeri Sabah melalui jalan laut, iaitu menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran sebelum itu dihantar ke destinasi akhir.

“Pihak berkuasa percaya kaedah penyamaran menggunakan barangan dapur seperti chopping board digunakan bagi mengelakkan pengesanan ketika proses penghantaran dan pemeriksaan rutin,” katanya pada sidang media, di IPK Sabah, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'и humaat, Jamuri 2026 17 Nasional INRATEN BIASSTAN BIMNSTIK dodah yang dirampas (Foto sidang media IPK Sabah, Arinin/H Syabu RM1.26j 26j dalam papan pemotong melalui jalan meng Polis tumpas taktik licik sembunyi dadah, dua dalang ditahan berkutsa BI bhnews@bl Kinabalu: bongKar EK Tn eean serbuan anker pada leliti TAnLak usulan ー ladup ഇ്യ് nilail 611.9 래고랑공제드ca지 ber'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS