Kementerian Dalam Negeri (KDN) mentadbir dan menguatkuasakan 52 Akta dan Ordinan utama merangkumi keselamatan, ketenteraman awam serta dasar dan kawalan negara.
Rangka perundangan ini menjadikan KDN antara kementerian paling strategik dalam memastikan keselamatan dalam negeri, menegakkan kedaulatan undang-undang serta melindungi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail dalam Amanat Tahun 2026 menegaskan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam merupakan asas kestabilan negara dan setiap perundangan akan dilaksanakan secara tegas, adil dan berperikemanusiaan.