Menu

[ARTIKEL PILIHAN] ISU TULAR: POLIS TAHAN WARGA EMAS ACU PISTOL DI LEBUH RAYA

Kuala Lumpur, 12 Januari 2026 - Seorang lelaki warga emas ditahan selepas disyaki mengacukan senjata menyerupai pistol di Kilometer E37 Lebuhraya Hubungan Timur-Barat Kuala Lumpur seperti tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Hoo Chan Hook berkata kejadian pada 4.13 petang dikesan menerusi video berdurasi 34 saat yang memaparkan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) telah membuka tingkap dan mengacukan satu objek menyerupai pistol.

“Susulan itu, seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan pada 7 malam semalam dan mengakui bahawa dia merupakan individu sama memandu dan mengacukan objek pistol mainan seperti di dalam video tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

ACP Hoo berkata lelaki terbabit mendakwa ketika kejadian terdapat sebuah kenderaan memotong keretanya tanpa memberikan isyarat menyebabkan dia tidak berpuas hati sebelum memintas semula kenderaan tersebut.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS