Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) digubal bagi memperkukuh langkah perlindungan kanak-kanak, mewajibkan penyedia platform bertindak tegas dan menjadikan keselamatan digital sebagai keutamaan utama.
Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM) merupakan jenayah serius dan wajib disekat serta ditangani secara berkesan oleh pihak berkuasa, platform teknologi dan masyarakat.
Polis Diraja Malaysia menyokong usaha pelbagai agensi dalam memperkukuhkan keselamatan digital, memelihara kesejahteraan kanak-kanak serta menangani jenayah siber secara bersepadu.