Menu

VIDEO PILIHAN: TIMBALAN KPN HADIR FORUM KHAS 360˚ "BAGAI AUR DENGAN TEBING"

Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir sebagai panel jemputan dalam Forum 360˚ bertajuk “Bagai Aur Dengan Tebing” yang berlangsung di Surau Jumaat Al Syakirin, Keramat Wangsa, Kuala Lumpur pada 14 Januari 2026.

Sesi yang berlangsung hampir dua jam itu memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia dan institusi agama dalam usaha membendung ekstremisme, ajaran sesat serta ancaman keselamatan negara. Ia turut menekankan kepentingan pendidikan agama yang seimbang dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan berdaya tahan.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS