Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: UBAT SEKS, KOSMETIK RM1 JUTA DIRAMPAS

Klang, 16 Januari 2026 - Kelicikan seorang wanita yang menjalankan kegiatan pengedaran pelbagai kosmetik termasuk produk ubat kuat seks sejak dua tahun lalu terbongkar selepas premis yang terletak di Jalan Medan, Petaling Jaya dekat sini diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang kelmarin.

Serbuan pada pukul 1.30 tengah hari itu berjaya merampas pelbagai produk yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) bernilai hampir RM1 juta.

Pemangku Komander PPM Wilayah Satu, Superintenden Fakharuddin Amri Sanusi berkata, pihaknya melakukan pemantauan selama 20 minit di lokasi tersebut sebelum serbuan dilakukan.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota PPM kemudiannya telah memasuki premis dan memeriksa barangan komestik, makanan dan minuman yang disyaki tiada kelulusan KKM.

“Semasa pemeriksaan premis, seorang wanita berusia 48 tahun telah mengaku sebagai pemiliknya.

“Kita kemudiannya telah meminta wanita itu mengemukakan semua dokumen kelulusan daripada KKM, namun gagal ditunjukkan.

“Kesemua produk kosmetik yang disyaki tidak sah itu dianggarkan bernilai RM 910,750," katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS