Menu

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: ANGGOTA BALAI POLIS LENGGENG PRIHATIN JAGA KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA

 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Koperal Rahmat Mohd Tahir, Konstabel Calvin Max Ryan serta Lans Koperal (SP) Mohd Azlan Zainal Abidin dari Balai Polis Lenggeng atas tindakan pantas dan keprihatinan mereka dalam mengendalikan satu kejadian kemalangan jalan raya.

Kejadian melibatkan sebuah kenderaan motokar yang terbabas sendiri itu berlaku di Kampung Rawa Hilir, Lenggeng, Jelebu, Negeri Sembilan. Anggota yang terlibat telah segera memberikan respon awal di lokasi kejadian bagi memastikan pemandu berada dalam keadaan selamat.

Selain itu, mereka turut mengambil inisiatif membersihkan sisa minyak di permukaan jalan dengan kerjasama penduduk setempat demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Komitmen dan dedikasi anggota dalam melaksanakan tugas ini amat dihargai serta wajar dicontohi.

Sumber: Balai Polis Lenggeng

No photo description available.

May be an image of car, road and text that says 'POLIS POLIS /'

May be an image of lighting, street and road
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS